Sudah Cukup Sudah

Ramadhan 2012, sekali lagi wataknya menjengah ruang kehidupan yang sudah lama tenang. Biar pun watak itu turut terkejut dengan kehadiran diri yang selama ini seinci jaraknya, berada dalam lingkungan ruang hidupnya tanpa dia sedar. ya, aku sedar . kerana ramadhan tahun lepas datangnya dia membawa istigfar ku panjang. Hati ku gelora, berombak keluh kesah. Drama kita mungkin ada hikmah , percaturan Allah yang indah dan misteri . Subhanallah.

Alhamdulillah, hati mana tidak lega, bila syaitan akhirnya menangis. kerana watak hero berjaya di ijab kabul . walaupun dengan siapa pasangan. dia telah diselamatkan, terselamat, menyelamatkan jiwa dan imannya. moga Allah terus mengampun kan watak2 drama yang pernah terbius dosa!

Tahniah dari diri ini, walaupun kisah semalam sukar sekali untuk dikikis dr ingatan diri. Lagi saat kalau terdengar lagu dan lirik bius hati ini... :

".................. Teganya kau menari di atas tangisanku
Kau permainkanku sesuka hatimu..

Sudah cukup cukup sudah
Daripada hati gelisah cintaku kau balas dengan dusta...................."



Trivia Jiwa

Minggu terakhir ramadhan , tahun 2011 yang ku dambakan senyuman pelangi. esok tinggal sehari, hari puasa menahan diri dari berlebihan dan unsur-unsur jahil. saat ini ada cas-cas demdam atau sebenarnya bara lama yang terpendam , yang ku hidu hanyalah asap trivia jiwa ku sendiri ?

Trivia ? Luka lama ? Menguasai diri menjadikan kita tidak akan di lukai? soalnya bukan terluka lagi..tetapi, ada kenangan yang berulang-tertayang. Tamat lah semua ini seperti selalu. kenapa hadir kembali watak-watak mengugat peneguh jiwa ku ?

ku lihat wajah nya dalam fikiran ku, mimpi airmata ku meraung sesal, penemuan maya di alam mimpi, hanya subconcious semata-mata... ku intai disesawang muka buku. ada sendu setiap kali ku lihat wajah itu, antara demdam dan penyesalan. Cinta Demdam atau rindu hina ? nekad buang semua ini 3tahun sudah berlalu . bukan cerita yang perlu di baikpulih iramanya semua ini. bukan perlu, semua hanya sampah mendesak ku rumitkan fikiran.

watak ketiga menerpa, saat hati terdetik, apakah ujian Allah ramadhan ini? yang akan Allah hadirkan tanpa 'hint'.. tanpa aku bersedia..? tak mungkin ada lagi yang misteri..subhanallah, kau maha Mengetahui ..penyusun takdir hidup di kota bayu ini...kenapa watak ketiga muncul lagi...? tidak cukup kah aku dikelirukan hari-hari kelam dahulu..

apakah hari akan datang aku diam menjadi pengecut atau seorang yang kekal ceria walau segala cuaca mampir..? cuaca yang tercipta badai ? 1155malam, hero itu kelu tanpa isyarat , tanpa tahu sebarang isu.hanya pelik dan cuba menjadi watak penenang. sebenarnya kisah ini hebat... hanya dia kabur belum mampu menyingkap cerita silam .biarlah dia tidak menyenaraikan diri di watak trivia jiwa ini.. cukuplah hadir dia mengukir senyum dalam taman hati... ciuman syurga darinya membuatkan aku gagah meneruskan hidup!

Make me strong

I know I'm waiting (Aku tahu aku sedang menunggu)
Waiting for something (Sedang menunggu sesuatu)
Something to happen to me (Sesuatu untuk berlaku kepada diriku)
But this waiting comes with (Tetapi bersama penantian ini)
Trials and challenges (Cubaan dan cabaran)
Nothing in life is free (Tiada yang percuma di dalam hidup ini)

I wish that somehow (Namun aku berharap)
You'd tell me out aloud (Engkau akan beritahu aku sekuat-kuatnya)
That on that day I'll be ok (Yang aku akan ok pada ketika itu)

But we'll never know cause (Tetapi kita tidak akan tahu, kerana)
That's not the way it works (Kebiasaannya bukanlah begitu)
Help me find my way (Bantulah aku menemui caraku)

My Lord show me right from wrong (Tuhanku tunjukkanlah aku yang benar dari yang salah)
Give me light make me strong (Berikanlah aku cahaya, jadikanlah aku seorang yang tabah)
I know the road is long (Aku tahu perjalanan ini panjang)
Make me strong (Jadikanlah aku seorang yang tabah)
Sometimes it just gets too much (Kadangkala terlalu banyak yang aku perlu tempuhi)
I feel that I've lost touch (Aku rasa aku telah kehilangan sentuhan)
I know the road is long (Aku tahu perjalanan ini panjang)
Make me strong (Jadikanlah aku seorang yang tabah)

I know I'm waiting (Aku tahu aku sedang menunggu)
Yearning for something (Mengharapkan sesuatu)
Something known only to me (Sesuatu yang hanya aku tahu)
This waiting comes with (Bersama penantian ini)
Trials and challenges (Cubaan dan cabaran)
Life is one mystery (Kehidupan adalah satu misteri)

I wish that somehow (Namun aku berharap)
You'd tell me out aloud (Engkau beritahu aku sekuat-kuatnya)
That on that day you'll forgive me (Yang Engkau akan memaafkan aku ketika itu)
But we'll never know cause (Tetapi kita tidak akan tahu, kerana)
That's not the way it works (Kebiasaannya bukanlah begitu)
I beg for your mercy (Aku mohon kasih sayang-Mu)

My Lord show me right from wrong (Tuhanku tunjukkanlah aku yang benar dari yang salah)
Give me light make me strong (Berikanlah aku cahaya, jadikanlah aku seorang yang tabah)
I know the road is long (Aku tahu perjalanan ini panjang)
Make me strong (Jadikanlah aku seorang yang tabah)
Sometimes it just gets too much (Kadangkala terlalu banyak yang aku perlu tempuhi)
I feel that I've lost touch (Aku rasa aku telah kehilangan sentuhan)
I know the road is long (Aku tahu perjalanan ini panjang)

Make me strong (Jadikanlah aku seorang yang tabah)

-sami Yusoff

Tabah jiwa 2

keluh kesah dirimu menyangka yg lain itu bahagia..rasa rendah dirimu melihat yg lain megah dijulang manusia..sabarlah pengubat untuk dirimu..yg masih mencari-cari ketenangan hakiki.

perlukah gelisah pd mereka yg gembira diluarannya, bahkan berduka di sanubari? haruskah rasa rendah dirimu pd mereka yg hanya berpura-pura dgn kejayaan yg sementara?

sabarlah pengubat dirimu, kerana mungkin suatu masa nanti giliran mu pula yg berasa bahagia..kerana mungkin suatu masa nanti giliran mu pula yg gembira berjaya..

teruskan berusaha mencapai redhaNya, itulah yg terpenting dalam hidupmu..mengapa sampai menangis melihat dirimu tidak senasib yg baik dgn rakan-rakanmu..tetapi dirimu selalu terlupa Allah meletakkanmu lebih baik dari golongan manusia yg lebih teruk halnya daripada dirimu..

sabarlah pengubat dirimu, kerana inilah sunnatullah yg manusia tidak mampu melawannya.diwaktu dirimu memerlukan sesuatu; hati,perasaan,teman, waktu dan sebagainya, dirimu tidak akn mengecapi semunya.
maka usahlah mengeluh dan resah lagi kerana Allah amat sayangkanmu..

sabarlah penguat dirimu, kerana mungkin mudah mengeluarkan pujukan memujuk dirimu, tetapi sampai bila? kerana manusia itu mmg terbatas keperluannya..sedangkan pujukan yg memberi ketenangan yg hakiki adalah dari yg Hidup dan Kekal selama-lamanya dari Allah

sabarlah penguat dirimu, bukankah org yg banyak bersabar itu akan berjaya?...

"Dan Dia memberi balasan kepada mereka karena kesabaran mereka (dengan) surga dan (pakaian) sutera,"alInsaan;12

sabarlah..

Sumber: Hashim teman seni ku

Tabah Jiwa 1

usahlah menitiskn air mata kerana manusia..itu nasihatku kepada anak-anakku nanti..pesanan seorang rakan kepada rakan yang sejati..

susah melupakan segala-galanya, tetapi Allah tidak pernah lupa kepada dirimu. memang sukar tika tercabut rasa senang di hati pada sesuatu, tetapi Allah juga merasa senang padamu di saat dirimu berdoa kpdNya

tidak bersyukurnya dirimu kerana tidak pernah di satu pagi pun berterima kasih kpd Allah.
sdgkn Dia yang menciptakanmu, yg menurunkan rasa sayang insan lain dihatimu, rasa tenang hatimu terhadap setiap urusanmu..amat tidak bersyukur dirimu

alangkah indahnya jika dirimu menyintaiNya..lantas dirimu juga yang tidak kecewa,malah hanyut dibuai kasih sayangNya.walaupun ujian dan dugaan tiba, namun ada pasang surutnya..itulah cinta dirimu kerana manusia biasa.namun Allah tak pernah membiarkan cintamu

usahlah dirimu menyintai manusia kerana apa-apa sahaja kerana Dia amat cemburu dgnmu. kasihNya hanya utk kekasihNya. kasihmu hanya utkNya Rabb arRahmaan, arRahiim..bukan pd yg lain lg

sudah..sudah..

usah hatimu teringat pada selain Allah..ingat, Allah nanti akan menutupi hatimu dgn kasih org yg mencintai Dia.isilah hatimu dgn kemanisan iman.Rasul sallallahu'alaihiwassallam bersabda...

'" Ada tiga perkara, yang jika tiga hal itu ada pada seseorang, maka dia akan berasakan manisnya iman. (Iaitu) Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai daripada selain keduanya; mencintai seseorang, dia tidak mencintainya kecuali kerana Allah; dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkan darinya, seperti bencinya jika dicampakkan ke dalam api.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim dari Anas bin Malik ra)

maka pujuklah hatimu dgn sunnah rasulnya..bukankah sirah-sirah al-Anbiyaa' itu banyak tercatat dalam alQuran?.bukankah kisah-kisah sahabt itu byk terdapat dlm kitab-kitab shahih agama kita?
maka kelak, dirimu akn mendapat kasih dari sesiapa yg turut memujuk hatinya dgn perkara-perkara hasanah ini..

sudahlah..moga dirimu kembali nanti dlm keadaan cinta kepadanya.

"Dan ketahuilah olehmu bahwa di kalanganmu ada Rasulullah. Kalau ia menuruti kemauanmu dalam beberapa urusan benar-benarlah kamu mendapat kesusahan, tetapi Allah menjadikan kamu `cinta` kepada keimanan dan menjadikan keimanan itu indah di dalam hatimu serta menjadikan kamu benci kepada kekafiran, kefasikan, dan kedurhakaan. Mereka itulah orang-orang yang mengikuti jalan yang lurus," Al-Hujuraat:7

cintailah Dia kerana Dia sedia menyambutmu di syurga kelak.

"Hai jiwa yang tenang.Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhai-Nya.Maka masuklah ke dalam jama`ah hamba-hamba-Ku,masuklah ke dalam syurga-Ku." surah alFajr 27-30

sumber : Hashim teman seni ku

Kurus Rindu

matahari kembali menyorok... saat diri mencelik melihat gelap...
dari situ diri meraba-raba kelam... menyelinap di sebalik pandangan hitam..

sakit... diri seksa lagi.. menyeksakan diri dengan perasaan kabur.. lapar dan dahaga bukan kerana makanan ... tetapi kebulur nikmat perasaan.. melontarkan pandangan jauh ke dalam jiwa... mebelek jilid episod hati... supaya lidah bisa mentafsir, apa sebenarnya perasaan ini !

diri mula mengurus.... bukan bulemia... anaemia... tak mungkin alzheimer pada saat ini... ingatan pada makhluk dengan erti cas -cas kasih sayang.. bisa buat diri puasa tak bersebab !

mustahil kah ?
hanya yang memahami bisa menutur halus dengan lisan dan tulisan kejujuran...

hati yang meronta-ronta...
makhluk kurus rindu...
semestinya kerana pemilik rindu...

rindu makhluk bertuhan !!

Cinta Jarak Jauh

Wahai perantau-perantau akhirat,

Banyak orang yang pernah bertemu,
tapi tak pernah bercinta,
bahkan ada yang tak pernah bertemu,
tetapi bercinta .

Mengharapkan selain DIA
Jika dapatberbahagia,
jika tidak dapat, kecewa.

Mengharapkan DIA
Hati lapang, tenang dan kaya!

Cintakan DIA
cinta yang tidak luntur dan abadi,
selainnya DIA
cinta yang luntur dan berakhir.

Orang yang mengenal DIA dengan ilmunya,
seperti seseorang yang mendengar madu.
tapi belum merasanya.

Orang yang mengenal DIA dengan hati,
seperti orang yang telah merasai madu,

Mabuk cinta adalah dibenarkan,
hingga jadi gila,

Tapi hanya pada Allah !

Any peoplewhen they fall in love
look for a little haven of refuge from the world,
where they can be sure of being admired
when they are not admirable,
and praised when they are not praiseworthy!