Tabah jiwa 2

keluh kesah dirimu menyangka yg lain itu bahagia..rasa rendah dirimu melihat yg lain megah dijulang manusia..sabarlah pengubat untuk dirimu..yg masih mencari-cari ketenangan hakiki.

perlukah gelisah pd mereka yg gembira diluarannya, bahkan berduka di sanubari? haruskah rasa rendah dirimu pd mereka yg hanya berpura-pura dgn kejayaan yg sementara?

sabarlah pengubat dirimu, kerana mungkin suatu masa nanti giliran mu pula yg berasa bahagia..kerana mungkin suatu masa nanti giliran mu pula yg gembira berjaya..

teruskan berusaha mencapai redhaNya, itulah yg terpenting dalam hidupmu..mengapa sampai menangis melihat dirimu tidak senasib yg baik dgn rakan-rakanmu..tetapi dirimu selalu terlupa Allah meletakkanmu lebih baik dari golongan manusia yg lebih teruk halnya daripada dirimu..

sabarlah pengubat dirimu, kerana inilah sunnatullah yg manusia tidak mampu melawannya.diwaktu dirimu memerlukan sesuatu; hati,perasaan,teman, waktu dan sebagainya, dirimu tidak akn mengecapi semunya.
maka usahlah mengeluh dan resah lagi kerana Allah amat sayangkanmu..

sabarlah penguat dirimu, kerana mungkin mudah mengeluarkan pujukan memujuk dirimu, tetapi sampai bila? kerana manusia itu mmg terbatas keperluannya..sedangkan pujukan yg memberi ketenangan yg hakiki adalah dari yg Hidup dan Kekal selama-lamanya dari Allah

sabarlah penguat dirimu, bukankah org yg banyak bersabar itu akan berjaya?...

"Dan Dia memberi balasan kepada mereka karena kesabaran mereka (dengan) surga dan (pakaian) sutera,"alInsaan;12

sabarlah..

Sumber: Hashim teman seni ku

No comments:

Post a Comment