Tabah Jiwa 1

usahlah menitiskn air mata kerana manusia..itu nasihatku kepada anak-anakku nanti..pesanan seorang rakan kepada rakan yang sejati..

susah melupakan segala-galanya, tetapi Allah tidak pernah lupa kepada dirimu. memang sukar tika tercabut rasa senang di hati pada sesuatu, tetapi Allah juga merasa senang padamu di saat dirimu berdoa kpdNya

tidak bersyukurnya dirimu kerana tidak pernah di satu pagi pun berterima kasih kpd Allah.
sdgkn Dia yang menciptakanmu, yg menurunkan rasa sayang insan lain dihatimu, rasa tenang hatimu terhadap setiap urusanmu..amat tidak bersyukur dirimu

alangkah indahnya jika dirimu menyintaiNya..lantas dirimu juga yang tidak kecewa,malah hanyut dibuai kasih sayangNya.walaupun ujian dan dugaan tiba, namun ada pasang surutnya..itulah cinta dirimu kerana manusia biasa.namun Allah tak pernah membiarkan cintamu

usahlah dirimu menyintai manusia kerana apa-apa sahaja kerana Dia amat cemburu dgnmu. kasihNya hanya utk kekasihNya. kasihmu hanya utkNya Rabb arRahmaan, arRahiim..bukan pd yg lain lg

sudah..sudah..

usah hatimu teringat pada selain Allah..ingat, Allah nanti akan menutupi hatimu dgn kasih org yg mencintai Dia.isilah hatimu dgn kemanisan iman.Rasul sallallahu'alaihiwassallam bersabda...

'" Ada tiga perkara, yang jika tiga hal itu ada pada seseorang, maka dia akan berasakan manisnya iman. (Iaitu) Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai daripada selain keduanya; mencintai seseorang, dia tidak mencintainya kecuali kerana Allah; dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkan darinya, seperti bencinya jika dicampakkan ke dalam api.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim dari Anas bin Malik ra)

maka pujuklah hatimu dgn sunnah rasulnya..bukankah sirah-sirah al-Anbiyaa' itu banyak tercatat dalam alQuran?.bukankah kisah-kisah sahabt itu byk terdapat dlm kitab-kitab shahih agama kita?
maka kelak, dirimu akn mendapat kasih dari sesiapa yg turut memujuk hatinya dgn perkara-perkara hasanah ini..

sudahlah..moga dirimu kembali nanti dlm keadaan cinta kepadanya.

"Dan ketahuilah olehmu bahwa di kalanganmu ada Rasulullah. Kalau ia menuruti kemauanmu dalam beberapa urusan benar-benarlah kamu mendapat kesusahan, tetapi Allah menjadikan kamu `cinta` kepada keimanan dan menjadikan keimanan itu indah di dalam hatimu serta menjadikan kamu benci kepada kekafiran, kefasikan, dan kedurhakaan. Mereka itulah orang-orang yang mengikuti jalan yang lurus," Al-Hujuraat:7

cintailah Dia kerana Dia sedia menyambutmu di syurga kelak.

"Hai jiwa yang tenang.Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhai-Nya.Maka masuklah ke dalam jama`ah hamba-hamba-Ku,masuklah ke dalam syurga-Ku." surah alFajr 27-30

sumber : Hashim teman seni ku

No comments:

Post a Comment