Sudah Cukup Sudah

Ramadhan 2012, sekali lagi wataknya menjengah ruang kehidupan yang sudah lama tenang. Biar pun watak itu turut terkejut dengan kehadiran diri yang selama ini seinci jaraknya, berada dalam lingkungan ruang hidupnya tanpa dia sedar. ya, aku sedar . kerana ramadhan tahun lepas datangnya dia membawa istigfar ku panjang. Hati ku gelora, berombak keluh kesah. Drama kita mungkin ada hikmah , percaturan Allah yang indah dan misteri . Subhanallah.

Alhamdulillah, hati mana tidak lega, bila syaitan akhirnya menangis. kerana watak hero berjaya di ijab kabul . walaupun dengan siapa pasangan. dia telah diselamatkan, terselamat, menyelamatkan jiwa dan imannya. moga Allah terus mengampun kan watak2 drama yang pernah terbius dosa!

Tahniah dari diri ini, walaupun kisah semalam sukar sekali untuk dikikis dr ingatan diri. Lagi saat kalau terdengar lagu dan lirik bius hati ini... :

".................. Teganya kau menari di atas tangisanku
Kau permainkanku sesuka hatimu..

Sudah cukup cukup sudah
Daripada hati gelisah cintaku kau balas dengan dusta...................."



No comments:

Post a Comment