Boulevard of Broken Dream

Kita sama study rajin-rajin, sungguh-sungguh, sama-sama sambung belajar, belajar terus belajar. Mimpi ini mungkin mampu menjadi aspirasi jutaan penuntut universiti atau pelajar-pelajar sekolah versi see u d IPT.Hatta dengan itulah jua, jutaan mereka inilah yang tenggelam dalam pelajaran onak duri bernama kisah cinta!

seseorang manusia itu diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan itu dia boleh berbuat sebanyak-banyak mungkar untuk diberikan balasan setimpal di Akhirat.

Seseorang yang mesra pasti mempunyai ramai kenalan, hai hai bye bye.punya teman-teman yang sekadar datang dan pergi, namun jika isu ini menjadi isu besar dalam membentuk keserasian, sampai bila-bila pun si mesra akan berubah menjadi sugul, pastilah teman-temannya lari satu persatu, lari meninggalkan dia yang tidak lagi mesra, lari keliru dengan kemesraan yang pudar secara drastik/ tanpa sebab musabab.lari kerana si mesra berpasangan dengan si tidak mesra baran bengis pula!

Allah itu Maha Mendengar. Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat.Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.

Mencari insan bergelar sahabat umpama mencari intan di celahan kaca,andai tersilap langkah, diri akan terluka. Sahabat yang sebenar adalah sahabat yang mampu menenangkan kita walaupun tanpa kata-kata.Berterus-terang lah andai kata dan laku ,mengguris hati , berkhilaf murka, Semoga berpuas hati akan diri ini yang hina lagi keji.

2 comments: