Mental Abuse

3 September 2118
Rogayah dalam semangat cuma kadar sederhana, memikirkan perjalanan akan datang, memikirkan pencarian akhlak baginda dalam khalayak masyarakat umat manusia hari ini, mimpi iman tidak pernah mematikan lamunan sucinya ; suami soleh ! Kering air matanya,hatinya buntu dekad-dekad yang lalu, mencari identitinya, lemah jiwanya, sakit badannya, toleransi biologi sumpahan buat makhluk dari ilahi.Sumpahan apakah ini? Pengubah cerita hidup, pelbagai cerita bersilih ganti, Negatif,bagaimana mahu bangkit? payah. Pembuangan manusia. Menjatuhkan umat. over- worried- mother- thinking ,menghapuskan nilai-nilai tumpuan berfikir Rogayah.

Nangislah bila bersedih, Geramlah bila perlu, jadilah Normal.Kenapa di sorok-sekat emosi yang beracara? Jangan biarkan ia terpemdam, menyeksakan diri siang dan malam! Masalah bukan untuk disorok tak nampak,di drama gembirakan, seolah tiada apa-apa.Merana jiwa penghujung hari nanti..

8 october 2118
Menangis Maimoonah tidak mampu, menjerit Maimoonah takut mengganggu, masalah tidur malam yang sukar di bendung, tidurnya di bayangi pelbagai buah fikiran yang menhantui diri, andai terlena lelap pula, mimpinya episod yang bersambung, Maimoonah keliru. Wajah-wajah siapa dalam mimpinya, siapa mereka? Hadir dalam mimpinya tanpa di undang.Bukan dia tidak letih, bukan dia larat memikul,keletihan siang dan malam,malam siang tak kena gaya, pening dan menggila,umpama bangkai bernyawa rimas tak selesa.

No comments:

Post a Comment