Mangsa

Tatkala medan emosi kelam kabut atau tenang, virus buntu, pasti bikin menggerutu fikiran.Sejenak pun tuhan tidak lekang memberi ruang-ruang peluang, menghadirkan pilihan-pilihan jejaka malaya untuk kami fikir atau paling tepat PILIH.. pelbagai rupa, jalan cerita, gaya ,ragam,kriteria dan cara tuhan datangi mereka dalam hidup kami, yang teristimewa, yang biasa atau sekadar lalu bersahaja ,bertanya dan bersemuka.ya..sudah sampai masanya kami minah-minah bunga 'periuk kera' menelan kumbang..memangsakan seorang dari pilihan anjuran ilahi untuk menghasilkan zuriat generasi penerus wadah hidup yang masih perlu diteruskan, mangsanya? bunga? mekarkah? kumbang? megalomania liku-liku hari yang kelam.. kami terpenjara dalam lubang-lubang mimipi yang tidak kesampaian,lalu kami melepas nafas lelah!

Ku mahu kesetiaan dan kejujuran
Kasih sayang yang tiada bersempadan
Pengorbanan cinta yang tulus dan lahir dari keikhlasan

No comments:

Post a Comment