Hari Merah Jambu

14 Februari 2005

Siapa tidak perasan tarikh ini tandanya dia suci dari soal cinta era moden, syabas buat hamba-hamba ilahi yang sedemikian,kerana Delaila tidak begitu.Kenapa? kerana dia terkena bius hati, Delaila sememangnya tahu haramnya sambutan hari tersebut,cuma sejak di bangku sekolah teman-teman sering meng-agungkan hari itu, agungnya dengan pertukaran hadiah,kad ucapan dan pertukaran ucapan di bibir pertuturan.Bangga dan sedikit malu tatkala Delaila menjenguh di bawah meja kelasnya di sekolah pasti ada hadiah atau surat atau apa-apa sahaja ekpresi hati dari si Valentino pemuja perasaan khayalan.hal itu membuatkan Delaila terkenang-kenang pabila semuanya sudah tidak lagi berulang.

Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya
hati kalau tak tahu menilai. Nilailah hati itu dengan teliti sebelum
pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang
bertempat di hati.


Teman-teman sekadar berpakat untuk sepakat bermerah jambu pada tarikh ini, dari busana hingga tudung litup wajah berseri-seri merah jambu.Delaila tekad dan tegas, Delaila tidak akan menyambut hari hina ini, hari perjudian soal hati&perasaan dan agama&maruah ! Tanpa Delaila sedari ,seseorang membiarkan kakinya sedia ada di dalam lokap berjaringkan tindakan yang mengelirukan, kenapa dia keliru?

No comments:

Post a Comment