Love vs Havoc

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal
mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan. Anda pun mengeluh,
alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat
sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal sedang
memikirkan bilakah dia akan memandu kereta. Bukan semua yang anda
sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin
ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan
buruknya.

7 February 2005
Matriculation Student Representative Council
Discipline Development Programme

Fila mengetuai barisan organisasi pelajar, program ala anti-hub-cinta-terlarang diadakan.Tidak pernah terfikir penaja program sebegini mungkin akan di uji tuhan, soal hati dan perasaan, Mungkin tidak terfikir lagi,apatah lagi terperasan, manusia memang setia teruji tentang hati.
Betapa ramai pelajar-pelajar dimeja kuliah-kuliah tidak sedar mereka sedang menghadiri "kuliah" cinta di kampus universiti hingga barangkali mereka sesat dalam ketetapan tujuan ke kuliah ilmiah.kuliah itu juga dari tuhan, ujian dari tuhan, didikan dari tuhan, tentang hati dan ilahi.. keliru itu pasti !

No comments:

Post a Comment