Mencari Nahas Cinta

Ruang hati perempuan tidak sebesar seperti ruang sesetengah hati lelaki, seumpama boleh terbahagi kepada beberapa ruang bahagian.bagi wanita,bilamana hadirnya sebuah cinta,ruang yang 1(satu) itu menjadi penuh hanya jika berjaya menyingkirkan isi ruangan cinta itu, barulah cinta lain boleh memasuki ruangan itu,itupun jika MAMPU dilakukan. samaada faktor masa , memori, masalah-masalah semasa!

Hasutan rehat dan meninggalkan dunia kredibiliti disogok hebat , kononnya dia lelaki versi konservatif.Memandang pelajar wanita tidak perlulah lantang,cekap,aktif setanding lelaki di era ini, semua itu hanya bayangan kehidupan fana khabarnya.Entah kenapa suntikan demi 'amaran' terbius pada hati Joyah, dengan langkah yang dianggap logik, Joyah yakin di jalan yang benar, menjadi wanita peruk dapur terulung !

Hari-hari mula di rasai kosong ( Jawatan-jawatan hilang diletak atas kerelaan, hobi utama sudah hilang, aktiviti pasif bermaharajalela, derita belum terasa) kenapa keresahan itu wujud? pabila rasa mahu mengenali seorang kamu, gelisah macam ada yang salah, resah macam segala-galanya susah, kenapa? perlukah diragui, siapakah pemilik "rasa" ini? Egokah jika tidak termasuk dalam kancah isu ini? tidak termampu belayar di lapangan mega maya itu.. keliru kah ini?

"Boleh kita berjumpa?" soalan ini bukan soalan luarbiasa malah menjadi pertanyaan lazim bagi salah satu pihak dari dua parti yang tidak mengenali rupa wajah secara fizikal.Bahayanya soalan ini pada mereka yang terkena bius hati,kerana soalan ini bakal menggetarkan hati walhal tindakan itu adalah gerak fitrah responsif hati yang berperasaan.

Tanyalah pada hati , getaran asli mu milik siapa . . mencari halatuju atau kekal keliru ?

No comments:

Post a Comment