Jangan Dengar Cakap Org

Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini,selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... Ia boleh dirasai dalam hati .

Aku, saya apa khabar? sugul. Tidak pula pucat.senyum? ok.Manis sekali. Lama saya tidak berbicara sama aku.Aku rindu sama saya.Saya ke mana? Di mana aku membiarkan saya? aku tinggalkan di wilayah bayang-bayang? daerah ilusi? saya bukan identiti dalam mimpi,saya realiti. . Pungut kutip ,cari ,saya kembali, jangan biar saya bersendiri.ceria,tempuh ranjau berliku! orang lain bukan tahu liku-liku tercipta itu maya, tak nampak, dalam bendungan. Coraknya buat hari depan aku tegar.Gigihlah sementara masa milik aku.Jangan . . pada yang tidak perlu.Buat. . pada yang mesti. Hidupkan saat-saat ini aku.usah di ukur pada jarak-jarak yang jauh melangit,usah di pikul bebanan yang berat, aku, siapa tidak kenal aku. .aku..airmata aku mengalir seperti selalu,bengkak mata aku, lama saya tak nampak dalam diri aku lemah sebegini,wah,lemah juga rupanya si aku ini.tak da masalah,hakikatnya manusia itu lemah.

sifat hamba nyata,aku, apa khabar mimpi harapan aku?yang berjela-jela hingga ke awan biru?impian si aku tinggal mimpi? aku? saya mahu melihat senyummu,kafan masih tersimpan rapi,tiada petunjuk bahawa aku punya masa suntuk! Bangkit tau,saya tak dapat hidup,tanpa aku, aku?, saya tahu hati aku bersedih.aku tak dapat terima hakikat.saat yang laen tidak berpunya, aku asyik dilamun asrama cinta remaja.yang aku fikir saya setuju,saya akur,saya hanya keliru!

aku,saya tahu hatimu kecewa,semua nikmat sudah datang dan sudah satu persatu pergi berlalu.Corak pilu terukir sayu di dada diari aku, saya sedar semua tu aku.aku? akumencari penyelamat,saya tunggu juga hero aku siapa, tetapi belum hadir atau aku. . . tidak memberi ruang? aku tak mencari? aku tak menurunkan ego mu? Maafkan saya ,aku.Saya hanya menduga. . .aku, kau bersedia? menerima seseorang dalam hidupmu? atau aku tunggu sahaja? aku, saya tahu semua ini mengganggu aturan hidupmu,hidup..bukan payah.Dimensi yang bersegi.Entah kenapa aku..saya sedar hidup aku teruji.positif ya aku. Ada sejarah bakal terukir barangkali.kau milik semua aku.Sunyi.aku,usah di kenang saat kau ramai teman.Usah di gabung gambaran-gambaran lalu.tapi jangan pula aku sembunyikan hakikat sebenar bernama kenyataan.aku, hidup aku yang terbaik! aku lahir terbilang! nampak tiada mimpi seindah aku.tapi aku, yang pergi,boleh datang kembali.semua akan berulang,yakinlah aku, Yakin!

aku, kenapa takut pada siang? takut pada kenyataan? mata-mata manusia hanya dapat melihat, mulut mereka bisa bertutur, mereka tak mungkin dapat membunuhmu wahai aku,tak mungkin, karut! aku, knapa aku tak kenal engkau aku selama ini? di mana si ceria yang selamba titik rujuk teman-teman? yang selalu semangat waja wibawa,yang senyum bahagia, aku yang ku sayang,esok menantimu.

Bagi yang tahu, biarlah Mereka pilih jalan ,menolongmu atau membuat tidak tahu, aku, kamu tak boleh berdemdam, kamuperlu jelasdan sedar apa yang kamu perlu dan tahu.Serang virus negatif dalam udara nafas hidup mu.Lawan pengaruh /anasir yang hinggap mengejek, matamu pandang pada impian bahagia.mulut mu,aku, katakan sayang pada diri. telinga mu,dengar kan kata-kata positif,tutup pemahaman pada kelemahan aku. lagkah aja rintangan menuju puncak,toleh pada bahagia,tiada mahu pada sengsara.bagilah jiwa mu bernyawa.Jiwa yang hidup, tenang dan aman.anggap lah bisikan menghiris jantung sebagai bbunyi unggas menyanyi.

Doa saya untuk aku, tuhan, izinkanlah aku dengan hari-harinya,permudah bukaan jala untuk wajab reformasinya.Kuatkan hatiku.Letakkan aku di kalangan umat yang tak berdusta dan berpura-pura.tolong aku, membentuk peribadi kental, jauhkan dia dari ruang-ruang tersempit dan di terkawal, memayungilah dia dari hujan gerimis kedukaan,aku,berilah petunjuk dan hidayah..Tuhan!

No comments:

Post a Comment