Culture Shock

Adakalanya kita perlu menangis agar kita tahu bahawa hidup ini bukan sekadar untuk ketawa,Adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menilai mahalnya setitis airmata ,hidup ini indah andai segalanya kerana Allah.

Serahkan segalanya pada yang tidak pasti, impi kami tinggal mimpi nyata ilusi, biarkan cita-cita kami melalui jalan fantasi, benar-benar lupa diri , benar-benar menyendiri, hipokrit sekali, jauh menafikan realiti, nafsuku tenlujuki jalan kami hari itu, lemas dalam bayangan hati yang mati, merenangi asyik kolam dosa menanti timbangan perhitungan kiamat, agungnya nikmat nafsu.. saat kami lupa jati diri, sedih tidak mengakui diri lagi, kononnya polos di panel kewarasan, usah gusar memikirkan kami sewajarnya bagaimana, kerana harapan kami sirna yakni butuh mengecewakan!

Jejak kaki ini sudah lemas longlai dalam pelukan gelisah, hanyut dalam arus gelabah, rebah dalam gelombang badai kecundang..Tolong kami, Pilihan @ Keputusan, kata 2(dua). kehidupan dan masa depan.Berani? mabuk? Buta? Tuli? lali? Bodoh? Buntu? Takdir dan Ikhtiar? Benci? Sayang? Rindu? Cinta? Kesucian? Maruah? malu? Agama? Keluarga? Pasangan? Bangsa?

Anak remaja yang tewas dengan pilihan jawapan kuiz objektif hidup yang giat mencabar soal akal dan hati yang tak terduga.Tatkala mimpi fantasi sendiri di hancurkan, harapan hidup kian punah.
Hadirlah satu laluan kehidupan sebagai jalan penyelesaian.cari? Berusaha? Bijaksana? Hiduplah sehidup-hidupnya, kekal selamat mengatur langkah agar terangka hayat terancang, bukan firasat yang tersekat!

No comments:

Post a Comment